Kemunculan dalam media lain Hitsugaya_Tōshirō

Hitsugaya muncul dalam filem kedua Bleach, iaitu Bleach: The DiamondDust Rebellion, sebagai antara dua watak utama. Apabila "Cap Mohor Raja," sejenis artifak purba, dicuri, Hitsugaya telah keluar mencari mereka yang melakukan jenayah tersebut. Selepas terserempak dan bertarung dengan mereka, Hitsugaya telah menghilangkan diri, mengakibatkan Seireitei menganggap Hitsugaya sebagai pembelot. Apabila Kurosaki Ichigo dan yang lain-lain keluar mencari Hitsugaya, Kapten Divisyen 10 itu sendiri telah menjumpai suatu rahsia tentang shinigami yang telah lama meninggal dunia, iaitu Sōjirō Kusaka, yang merupakan rakan dan juga lawan Hitsugaya yang lama semasa dia masih muda. Sebuah bab manga berteraskan sejarah Hitsugaya telah dikeluarkan untuk mempromosikan filem ini.

Hitsugaya juga telahpun menjadi watak kawalan dalam setiap judul permainan video Bleach yang telah diterbitkan sehingga kini, kecuali judul Bleach: Heat the Soul. Selalunya, Hitsugaya boleh dikawal dalam beberapa "bentuk", seperti dalam bentuk tahap shikai dan bankai, mahupun dalam bentuk gigai. Dalam judul-judul Bleach: Heat the Soul 4 dan Bleach: Shattered Blade, Hitsugaya boleh dikawal dalam pakaian seragam sekolah. Dia juga merupakan watak kawalan dalam judul permainan video Nintendo DS iaitu Jump Ultimate Stars.

Dia merupakan satu-satunya watak Bleach yang muncul dalam dua buah album "Bleach Beat Collection" (selain daripada Ichigo sendiri). Album pertama merupakan sebuah kompilasi album bersama-sama Hinamori Momo dan leftenannya, Matsumoto Rangiku. Album kedua juga merupakan sebual kompilasi, kali ini Hitsugaya disertakan bersama-sama protagonis utama Bleach, Kurosaki Ichigo.